Kadar kebolehjangkitan 1.15

PUTRAJAYA 1 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik kepada 1.15 berbanding 1.14 yang dilaporkan pada hari sebelumnya.

Johor dan Kedah masing-masing mengatasi purata kebangsaan dengan merekodkan 1.17 dan Negeri Sembilan 1.16 manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan 1.15.

Pulau Pinang pula dengan kadar 1.14, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.13, Selangor 1.12, Sabah dan Melaka masing-masing 1.11, Kelantan 1.09, Perak 1.05, dan Pahang 1.04.

Kadar terendah dicatatkan Terengganu dengan 0.96.

Sarawak mencatatkan 14 kes, Perlis 11 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan satu kes.

Related posts

Leave a Comment