13 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 1 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 13 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,978 orang meninggal dunia daripada 2.85 juta kes yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, empat daripada 13 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 54,777 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada  jumlah itu, 46,643 individu atau 85.82 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,365 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,655 kes dirawat di hospital dan 114 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 52 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 62 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment