Lonjakan kes baharu Indonesia

JAKARTA 30 Jan. – Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia terus melonjak hari ini dengan merekodkan 12,422, angka tertinggi direkodkan dalam tempoh lima bulan lalu berbanding 11,588 yang direkodkan semalam. Kali terakhir kes harian melebihi 12,000 ialah pada 27 Ogos 2021 dengan mencatatkan 12,618. Dalam tempoh yang sama, terdapat 18 kematian baharu direkodkan. Dengan perkembangan ini  jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 4,343,185 dengan kes aktif sebanyak 61,718 manakala jumlah kematian pula 144,303. Kes jangkitan ini meliputi 31 wilayah dan tercatat tiga provinsi yang tidak mengalami penambahan kes baharu Covid-19 iaitu…

Read More

4,498 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 30 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,498 kes baharu Covid-19 termasuk 272 kes import di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini dan tiada kes kematian dilaporkan. Dengan pertambahan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 348,330 dengan jumlah kematian pula 854 orang. Menurut MoH, jumlah kes baru Protokol 2 adalah 3,074, terdiri daripada 12 kes import dan 3,062 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 1,424 kes disahkan menerusi ujian PCR.…

Read More

Kes baharu Arab Saudi 3,669

RIYADH 30 Jan. – Jumlah kes harian Covid-19 di Arab Saudi turun sedikit hari ini dengan merekodkan 3,669 kes baharu berbanding 3,913 yang direkodkan semalam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, tiga lagi individu meninggal dunia dalam tempoh 24 jam berbanding dua kematian semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 683,053 dengan jumlah kematian pula 8,936 orang. Sebanyak 4,375 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 635,191 orang. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 940 kes dalam keadaan kritikal.

Read More

Kes baharu Malaysia 4,915

PUTRAJAYA 30 Jan. – Kementerian Kesihatan merekodkan sebanyak 4,915 kes positif baharu Covid-19 setakat tengah hari tadi. Angka itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 5,139 yang direkodkan semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan tambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 2,865,984 kes. Katanya , sebanyak 4,727 kes adalah penularan tempatan membabitkan 4,573 warga negara atau 96.7 peratus dan seramai 154 pesakit lagi warga tempatan (3.3 peratus) manakala 111 daripada 188 kes import adalah rakyat Malaysia dan 77 terdiri daripada warga asing. Daripada 4,915 kes harian…

Read More

Filipina catat 16,953 kes baharu

MANILA 30 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 16,953 pertambahan kes Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,545,680 kes. Menurut DoH, setakat 7.30 malam, 20 lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada peningkatan jumlah yang meninggal dunia 53,891 orang. Dalam tempoh yang sama jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 3,288,925 orang atau 92.8 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 27,638 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini. Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini, 5.7 peratus atau 202,864 adalah kes aktif. Sementara itu, DoH memaklumkan daripada 16,953 kes yang dilaporkan hari ini,…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 1.14

PUTRAJAYA 29 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun kepada 1.14 berbanding 1.15 yang dilaporkan pada hari sebelumnya. Lima negeri mengatasi kadar itu, didahului Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang masing-masing merekodkan 1.20 diikuti Kedah 1.18, Perlis 1.16 dan Johor 1.15 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka masing-masing merekodkan 1.13, Selangor 1.10, Pulau Pinang dan Kelantan masing-masing 1.07, Sabah dan Perak masing-masing 1.04, Pahang 1.03, dan Sarawak 1.00. Terengganu pula 0.93 manakala Wilayah Persekutuan Labuan tiada sebarang kes dilaporkan.

Read More

95,670 lagi dapat dos penggalak

PUTRAJAYA 30 Jan. – Sebanyak 95,670 lagi individu mendapatkan dos penggalak Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos itu meningkat kepada 11,809,467 orang atau 50.4 peratus daripada populasi dewasa. Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, seramai 22,923,709 individu dewasa atau 97.9 peratus melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, manakala 99.1 peratus atau 23,200,890 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Dalam pada itu, 78.7 peratus atau 25,711,351 daripada populasi keseluruhan melengkapkan vaksinasi manakala 79.8 peratus atau 26,068,338 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,787,642 atau 88.6…

Read More

Singapura lapor 5,207 kes baharu

SINGAPURA 30 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,207 kes baharu Covid-19 termasuk 248 kes import di Singapura setakat 12 tengah hari semalam menjadikan jumlah keseluruhan 343,832 orang. Dalam satu kenyataan malam tadi, MoH juga memaklumkan satu  lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia akibat Covid-19 setakat ini sebanyak 854 orang. Menurut MoH, jumlah kes baharu Protokol 2 adalah 3,475,  terdiri daripada lapan kes import dan 3,467 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan…

Read More