4,498 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 30 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,498 kes baharu Covid-19 termasuk 272 kes import di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini dan tiada kes kematian dilaporkan.

Dengan pertambahan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 348,330 dengan jumlah kematian pula 854 orang.

Menurut MoH, jumlah kes baru Protokol 2 adalah 3,074, terdiri daripada 12 kes import dan 3,062 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 1,424 kes disahkan menerusi ujian PCR. 1,164 adalah jangkitan tempatan manakala 260 adalah kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 2.02 turun dari 2.24 pada 29 Januari. Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 masih meningkat.

Sementara itu, sebanyak 709 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 656 semalam di mana 60 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 12 dipantau rapi di ICU.

Seramai 5,155 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment