MANILA 30 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 16,953 pertambahan kes Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,545,680 kes.
Menurut DoH, setakat 7.30 malam, 20 lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada peningkatan jumlah yang meninggal dunia 53,891 orang.
Dalam tempoh yang sama jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 3,288,925 orang atau 92.8 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 27,638 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini.
Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini, 5.7 peratus atau 202,864 adalah kes aktif.
Sementara itu, DoH memaklumkan daripada 16,953 kes yang dilaporkan hari ini, 16,647 (98%) berlaku dalam tempoh 14 hari terakhir (17 Januari – 30 Januari 2022).
Daripada 20 kematian, 16 berlaku pada Januari 2022 (80%), satu pada Oktober 2021 (5%), satu pada September 2021 (5%), satu pada Ogos 2021 (5%), dan satu pada Julai 2021 (5%) kerana lewat pengekodan maklumat kematian kepada COVIDKaya.
