Kes baharu Malaysia 4,915

PUTRAJAYA 30 Jan. – Kementerian Kesihatan merekodkan sebanyak 4,915 kes positif baharu Covid-19 setakat tengah hari tadi.

Angka itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 5,139 yang direkodkan semalam

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan tambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 2,865,984 kes.

Katanya , sebanyak 4,727 kes adalah penularan tempatan membabitkan 4,573 warga negara atau 96.7 peratus dan seramai 154 pesakit lagi warga tempatan (3.3 peratus) manakala 111 daripada 188 kes import adalah rakyat Malaysia dan 77 terdiri daripada warga asing.

Daripada 4,915 kes harian yang dilaporkan hari ini sebanyak 4,876 kes atau 99.2 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2 dan sebanyak 39 kes atau 0.8 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5.

Sebanyak 120 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 65 memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 14 kluster jangkitan Covid-19 juga dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan 6,413 kluster dikesan di negara ini, setakat ini.

Daripada jumlah itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 6,112 kluster sudah ditamatkan manakala 301 kluster masih aktif.

Sementara itu, sebanyak 3,056 kes sembuh dilaporkan sekali gus menyumbang kepada sejumlah 2,780,771 kes kumulatif atau 97.0 peratus daripada keseluruhan kes yang dikesan di negara ini sehingga kini.

Related posts

Leave a Comment