Singapura lapor 5,207 kes baharu

SINGAPURA 30 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,207 kes baharu Covid-19 termasuk 248 kes import di Singapura setakat 12 tengah hari semalam menjadikan jumlah keseluruhan 343,832 orang.

Dalam satu kenyataan malam tadi, MoH juga memaklumkan satu  lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia akibat Covid-19 setakat ini sebanyak 854 orang.

Menurut MoH, jumlah kes baharu Protokol 2 adalah 3,475,  terdiri daripada lapan kes import dan 3,467 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 1,732 kes disahkan menerusi ujian PCR iaitu 1,492 adalah jangkitan tempatan manakala 240 adalah kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 2.24 kekal sama dengan kadar pada Jumaat , 28 Januari.

Sementara itu, seramai 656 pesakit masih dirawat di hospital, berbanding 636 semalam di mana 49 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 13 dipantau rapi di ICU.

Mengenai vaksinasi, setakat Jumaat, 92 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Disember.

Secara keseluruhan, 88 peratus lengkap dua dos, 91 peratus menerima satu dos dan 58 peratus disuntik dos penggalak.

 

Related posts

Leave a Comment