Kadar kebolehjangkitan 1.14

PUTRAJAYA 29 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun kepada 1.14 berbanding 1.15 yang dilaporkan pada hari sebelumnya.

Lima negeri mengatasi kadar itu, didahului Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang masing-masing merekodkan 1.20 diikuti Kedah 1.18, Perlis 1.16 dan Johor 1.15

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka masing-masing merekodkan 1.13, Selangor 1.10, Pulau Pinang dan Kelantan masing-masing 1.07, Sabah dan Perak masing-masing 1.04, Pahang 1.03, dan Sarawak 1.00.

Terengganu pula 0.93 manakala Wilayah Persekutuan Labuan tiada sebarang kes dilaporkan.

Related posts

Leave a Comment