Kes baharu Arab Saudi 3,669

RIYADH 30 Jan. – Jumlah kes harian Covid-19 di Arab Saudi turun sedikit hari ini dengan merekodkan 3,669 kes baharu berbanding 3,913 yang direkodkan semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, tiga lagi individu meninggal dunia dalam tempoh 24 jam berbanding dua kematian semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 683,053 dengan jumlah kematian pula 8,936 orang.

Sebanyak 4,375 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 635,191 orang.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 940 kes dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment