Lonjakan kes baharu Indonesia

JAKARTA 30 Jan. – Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia terus melonjak hari ini dengan merekodkan 12,422, angka tertinggi direkodkan dalam tempoh lima bulan lalu berbanding 11,588 yang direkodkan semalam.

Kali terakhir kes harian melebihi 12,000 ialah pada 27 Ogos 2021 dengan mencatatkan 12,618.

Dalam tempoh yang sama, terdapat 18 kematian baharu direkodkan.

Dengan perkembangan ini  jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 4,343,185 dengan kes aktif sebanyak 61,718 manakala jumlah kematian pula 144,303.

Kes jangkitan ini meliputi 31 wilayah dan tercatat tiga provinsi yang tidak mengalami penambahan kes baharu Covid-19 iaitu Sulawesi Tenggara, Sulawesi Barat dan Maluku Utara

Berdasarkan data yang dikeluarkan, terdapat lima provinsi dengan penambahan kes baharu tertinggi iaitu Jakarta dengan 6,613 kes baharu , Jawa Barat 2,584, Banten 1.740 kes, Jawa Timur dan Bali masing-masing merekodkan 359 kes.

Sementara itu, kes pesakit Covid-19 sembuh pula bertambah 3,241 orang, menjadikan jumlahnya meningkat kepada 4,137,164 orang.

Related posts

Leave a Comment