95,670 lagi dapat dos penggalak

PUTRAJAYA 30 Jan. – Sebanyak 95,670 lagi individu mendapatkan dos penggalak Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos itu meningkat kepada 11,809,467 orang atau 50.4 peratus daripada populasi dewasa.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, seramai 22,923,709 individu dewasa atau 97.9 peratus melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, manakala 99.1 peratus atau 23,200,890 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Dalam pada itu, 78.7 peratus atau 25,711,351 daripada populasi keseluruhan melengkapkan vaksinasi manakala 79.8 peratus atau 26,068,338 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,787,642 atau 88.6 peratus melengkapkan vaksin sementara 2,867,448 atau 91.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 97,300 dos vaksin diberikan termasuk 732 dos pertama dan 898 dos kedua menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,384,672 dos.

Related posts

Leave a Comment