Arab Saudi catat 657,192 kes

RIYADH 24 Jan. – Arab Saudi merekodkan 4,838 kes baharu Covid-19 hari ini yang menunjukkan peningkatan  berbanding 3,856 yang direkodkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), jumlah kematian pula kekal dua orang sama seperti semalam dan hari-hari sebelumnya.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 657,192 kes dengan jumlah kematian pula 8,922 orang.

Dalam kalangan kes baharu itu, sebanyak 1,511 kes direkodkan di Riyadh, Jeddah 509, Madinah 198, Hofuf 189, Makkah 156, Jazan 113, Dammam 113 dan 109 di Abha.

Sebanyak 6,296 kes dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 606,130 orang.

Dalam kalangan kes aktif, sebanyak 705 kes dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment