Singapura catat 3,002 kes baharu

SINGAPURA 24 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,002 kes baharu Covid-19 termasuk 378 kes import di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 316,774 kes. Tiada kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia kekal 848 orang. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,624 adalah kes dalam masyarakat sementara bakinya kes import. Menurut MoH, jumlah kes baharu Protokol 2 adalah 1,637 iaitu  tujuh kes import dan 1,630 jangkitan tempatan. Kes Protokol 2 merujuk kepada pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART…

Read More

Thailand tambah 7,139 kes baharu

BANGKOK 24 Jan. – Thailand merekodkan 7,139 kes baharu Covid-19 dengan 13 kematian menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,384,639 kes manakala 22,045 orang meninggal dunia. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 6,924 melibatkan penduduk awam, 20 penghuni penjara dan 195 kes import. Bangkok mendahului dengan 1,130 kes diikuti 549 di Samut Prakan, Phuket 369, Nonthaburi 368, Chon Buri 316, Pathum Thani 266, Khon Kaen 249, Nakhon Ratchasima 180, Lop Buri 155 dan Samut Sakhon 138. Kes import pula melibatkan ketibaan dari beberapa negara termasuk 36 dari Rusia , Mongolia dan…

Read More

Arab Saudi catat 657,192 kes

RIYADH 24 Jan. – Arab Saudi merekodkan 4,838 kes baharu Covid-19 hari ini yang menunjukkan peningkatan  berbanding 3,856 yang direkodkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), jumlah kematian pula kekal dua orang sama seperti semalam dan hari-hari sebelumnya. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 657,192 kes dengan jumlah kematian pula 8,922 orang. Dalam kalangan kes baharu itu, sebanyak 1,511 kes direkodkan di Riyadh, Jeddah 509, Madinah 198, Hofuf 189, Makkah 156, Jazan 113, Dammam 113 dan 109 di Abha. Sebanyak 6,296 kes dilaporkan sembuh dalam tempoh…

Read More

Indikator tunjuk peningkatan kes

PUTRAJAYA 24 Jan. – Indikator yang digunakan untuk mengukur jangkitan Covid-19 di negara ini menunjukkan berlaku peningkatan kes baharu pada Minggu Epidemiologi (ME) 3/2022, bermula 16 Januari hingga 22 Januari lalu. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan peningkatan 7.9 peratus apabila 23,752 kes dilaporkan sepanjang tiga minggu pertama 2022. Bagaimanapun, dalam kenyataannya, beliau berkata jumlah kematian menunjukkan penurunan kes 19.0 peratus apabila 102 kes dilaporkan minggu lalu berbanding ME 2/2022, manakala purata kes aktif, 40,473 kes. Purata kes aktif turut dilihat meningkat 2.4 peratus dengan purata…

Read More

Kes harian catat penurunan

PUTRAJAYA 24 Jan. – Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes harian Covid-19 dengan merekodkan 3,214 kes positif setakat tengah hari ini berbanding 3,856 semalam yang menyumbang kepada sejumlah 2,836,159 kes kumulatif. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada bilangan kes dilaporkan hari ini, 2,808 kes membabitkan penularan tempatan iaitu 2,707 warganegara (96.4 peratus) dan 101 bukan warganegara (3.6 peratus). Kes import pula sebanyak 406 kes membabitkan 307 rakyat tempatan dan 99 warga asing. Daripada 3,214 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 35 kes (1.1 peratus) adalah kategori…

Read More

Peluang 750,000 pengundi muda

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijangka memberi peluang kepada 750,000 pengundi baharu termasuk antara berusia 18 hingga 20 tahun mengundi. Persatuan Pengundi Muda (UNDI18) dalam kenyataannya hari ini, menjelaskan PRN Johor yang pertama membenarkan pemilih muda menjadi pengundi selepas diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 14 Januari lalu. “Pelaksanaan UNDI18 di Johor menandakan penambahan hampir 750,000 pengundi baharu, termasuk 175,000 pengundi bawah 21 tahun. Ini adalah penambahan hampir 30 peratus kepada jumlah pengundi di Johor sedia ada. “Dengan adanya pendaftaran pemilih automatik, pemilih yang layak…

Read More

PRN: SPR mesyuarat 9 Februari

PUTRAJAYA 24 Jan. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 9 Februari depan bagi menentukan tarikh penting seperti hari penamaan calon, mengundi awal dan mengundi biasa bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak, berkata mesyuarat akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh itu antara lain membincangkan tarikh bagi writ pilihan raya dan daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain bagi mendepani PRN berkenaan. “Berdasarkan Fasal (4) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 berkehendakkan suatu pilihan raya umum diadakan dalam…

Read More

PRN helah desak PRU segera?

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyifatkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor adalah satu tindakan diatur untuk mendesak Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen dan melaksana Pilihan Raya Umum ke-15 segera. Dalam kenyataan hari ini, mereka menjelaskan, pada ketika rakyat terutama di Johor masih terbelenggu dengan isu ekonomi, wabak Covid-19 dan banjir, PRU Johor akan membebankan rakyat. Bagaimanapun katanya, PH sudah membuat keputusan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. “Isu-isu persiapan termasuk agihan kerusi, pelancaran jentera pilihan raya, penamaan calon Menteri Besar…

Read More

MKT tentukan kerjasama UMNO-Pas

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Keputusan sama ada UMNO akan bekerjasama dengan Pas atau sebaliknya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, akan diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti tidak lama lagi. Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, berkata pimpinan parti mengambil maklum pendirian Barisan Nasional (BN) Johor yang lebih cenderung untuk bertanding secara solo, tanpa kerjasama dengan Pas atau parti lain. Katanya, pandangan BN Johor yang disuarakan Pengerusinya, Hasni Mohammad, akan diambil kira sebelum pimpinan tertinggi parti membuat keputusan mengenai pendekatan UMNO dalam PRN Johor. “Itu (kerjasama Muafakat…

Read More