4,535 kes baharu di Saudi

RIYADH 23 Jan. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi masih berada di bawah 5,000 kes dengan merekodkan 4,535 berbanding 4,608 semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, dua lagi dilaporkan meninggal dunia, sama jumlahnya sejak 17 Januari lalu. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes di Arab Saudi meningkat kepada 652,354 dengan jumlah kematian pula 8,920 orang. Sebanyak 5,072 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 599,834. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 655 pesakit dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Read More

Kes baharu Malaysia 3,856

PUTRAJAYA 23 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 kembali turun hingga bawah 4,000 dengan sebanyak 3,856 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 4,116 kes yang dilaporkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,832,945 kes. Beliau berkata, sebanyak 492 kes import direkodkan terdiri 378 warganegara dan 114 rakyat asing manakala daripada 3,364 kes tempatan, sebanyak 3,236 melibatkan warga tempatan dan 128 bukan warganegara. Sebanyak 2,814 kes sembuh dilaporkan, manakala 143 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 53…

Read More

Tiada PKP semasa Aidilfitri

BERA 23 Jan. – Kerajaan memberi jaminan tidak akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan untuk pulang ke kampung bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini seperti didakwa pihak tertentu. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata jika kes meningkat di sesuatu kawasan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar akan dilakukan di kawasan terbabit saja. Katanya, walaupun penularan Covid-19 dan peningkatan kes membabitkan varian Omicron masih direkodkan di negara ini, namun ia tidak bermakna penutupan sepenuhnya aktiviti rentas negeri dan daerah akan dilakukan kerajaan. Beliau berkata, pengumuman mengenai…

Read More

Istiadat Bersanding Pengantin Diraja

HARI ini, 23 Januari berlangsung Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja bagi Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman. Turut berangkat Sultan Brunei Darussalam Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam beserta kerabat Diraja

Read More

10.5 juta ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 23 Jan. – Sebanyak 45.1 peratus daripada populasi dewasa atau 10,561,588 individu di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data di laman COVIDNOW, daripada jumlah itu sebanyak 153,210 dos penggalak diberikan semalam. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 78.7 peratus atau 25,695,189 daripada populasi keseluruhan mendapat vaksinasi lengkap manakala 79.8 peratus atau 26,056,749 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Dalam pada itu, seramai 22,915,270 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa negara telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,192,788 individu atau 99.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos…

Read More

Kadar kebolehjangkitan naik 1.07

PUTRAJAYA 23 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam meningkat kepada 1.07 berbanding 1.03 pada hari sebelumnya. Lima negeri mengatasi kadar kebangsaan itu, empat negeri melebihi kadar 1.00, dan empat negeri melebihi 0.90. Negeri Sembilan merekodkan kadar 1.13, Kedah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing 1.09, Melaka 1.08 dan Johor 1.07. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.04, Selangor dan Pulau Pinang masing-masing 1.03 dan Sabah 1.00. Kelantan merekodkan 0.99, Pahang dan Perak masing-masing 0.97, dan Terengganu 0.79. Perlis mencatatkan 17 kes, Sarawak 14 kes dan…

Read More

6 kluster pendidikan di Negeri Sembilan

SEREMBAN 23 Jan. – Negeri Sembilan merekodkan enam kluster Covid-19 masih aktif membabitkan institusi pendidikan setakat ini, termasuk tiga kluster baharu yang dikenal pasti semalam, kata Menteri Besar, Aminuddin Harun. Enam kluster berkenaan ialah Kluster Jalan Pantai Cunningham dan Kluster Paya Utama di Port Dickson; Kluster Bukit Merbah, Kluster Jalan Sikamat dan Kluster Jalan Ban Aik 2 di Nilai serta Kluster Bukit Chengkau Ulu di Rembau. Katanya, tiga kluster baharu dikenal pasti semalam dengan kes indeks dikesan sekitar awal minggu ini. Kluster Jalan Pantai Cunningham diisytiharkan 19 Januari lalu membabitkan…

Read More

14 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 23 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 14 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 31,882 orang, daripada lebih 2.8 juta kes positif yang dikesan. Menurut data di portal COVIDNOW, tiada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Untuk rekod, kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut. Sementara itu, terdapat 44,088 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan…

Read More