Kes baharu Malaysia 3,856

PUTRAJAYA 23 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 kembali turun hingga bawah 4,000 dengan sebanyak 3,856 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 4,116 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,832,945 kes.

Beliau berkata, sebanyak 492 kes import direkodkan terdiri 378 warganegara dan 114 rakyat asing manakala daripada 3,364 kes tempatan, sebanyak 3,236 melibatkan warga tempatan dan 128 bukan warganegara.

Sebanyak 2,814 kes sembuh dilaporkan, manakala 143 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 53 kes lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesan 13 kluster baharu, sekali gus menjadikan jumlah kluster setakat ini 6,306, bagaimanapun hanya 235 yang masih aktif.

Daripada 3,856 kes dilaporkan hari ini, sebanyak 3,821 atau 99.1 peratus adalah pesakit kategori satu dan dua dan hanya 35 kes atau 0.9 peratus pesakit kategori tiga, empat dan lima.

Related posts

Leave a Comment