4,535 kes baharu di Saudi

RIYADH 23 Jan. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi masih berada di bawah 5,000 kes dengan merekodkan 4,535 berbanding 4,608 semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, dua lagi dilaporkan meninggal dunia, sama jumlahnya sejak 17 Januari lalu.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes di Arab Saudi meningkat kepada 652,354 dengan jumlah kematian pula 8,920 orang.

Sebanyak 5,072 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 599,834.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 655 pesakit dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment