Kadar kebolehjangkitan naik 1.07

PUTRAJAYA 23 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam meningkat kepada 1.07 berbanding 1.03 pada hari sebelumnya.

Lima negeri mengatasi kadar kebangsaan itu, empat negeri melebihi kadar 1.00, dan empat negeri melebihi 0.90.

Negeri Sembilan merekodkan kadar 1.13, Kedah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing 1.09, Melaka 1.08 dan Johor 1.07.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.04, Selangor dan Pulau Pinang masing-masing 1.03 dan Sabah 1.00.

Kelantan merekodkan 0.99, Pahang dan Perak masing-masing 0.97, dan Terengganu 0.79.

Perlis mencatatkan 17 kes, Sarawak 14 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan lima kes.

Related posts

Leave a Comment