1,001 kes Omicron di Singapura

SINGAPURA 20 Jan. – Sebanyak 1,001 kes baharu varian Omicron disahkan Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura hari ini di mana 952 adalah jangkitan tempatan dan 42 lagi merupakan kes import. MoH dalam laporan kes harian Covid-19 memberitahu, sebanyak 1,472 kes baharu termasuk 339 kes import direkodkan berbanding 1,615 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 297,549 kes. Terdapat 1,133 kes dalam masyarakat manakala satu kematian dilaporkan dan setakat ini jumlah yang meninggal dunia adalah 845 orang. Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 2.17, naik berbanding 1.96 pada 19 Januari lalu. Kadar itu merujuk kepada…

Read More

PLUS aktifkan semula SmartTAG

KUALA LUMPUR 20 Jan. – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan semula lorong SmartTAG yang ditutup di beberapa plaza tol kendalian syarikat itu susulan pelaksanaan pembayaran tol menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID). Itu antara langkah PLUS bagi mengatasi isu berbangkit berkaitan penggunaan RFID di plaza tol, selain meningkatkan kepantasan pengesanan serta menggantikan tag RFID yang rosak secara percuma. PLUS dalam satu kenyataan berkata, pengaktifan semula lorong SmartTAG itu dilaksanakan bagi mengatasi beberapa isu dan rungutan pelanggan SmartTAG dan pengurusan trafik yang berdepan kesulitan apabila lorong itu ditutup. Sehubungan itu, PLUS…

Read More

5,591 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 20 Jan. – Riyadh merekodkan kes harian tertinggi berbanding bandar lain di Arab Saudi dengan 1,476 berbanding 5,591 kes yang dilaporkan hari ini. Jumlah kes harian itu lebih rendah berbanding semalam yang hampir mencecah 6,000 iaitu 5,928 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 638,327. Dua kematian juga dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,914 orang meninggal dunia. Sementara itu Jeddah merekodkan 551 kes diikuti Makkah 295, Dammam 249, Hofuf 213, Madinah 190 dan Abha 115. Sebanyak 5,238 orang dilaporkan sembuh…

Read More

Pengimbas suhu akan ‘digugurkan’

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Syarat masuk premis dengan mengimbas suhu akan ‘digugurkan’ daripada senarai prosedur operasi standard (SOP) kawalan Covid-19 di seluruh negara tidak lama lagi. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan bersetuju hanya imbasan kod MySejahtera diperlukan setiap kali memasuki mana-mana premis. “Kita akan bawa usaha penambahbaikan SOP ini ke mesyuarat MKN (Majlis Keselamatan Negara), selepas dipinda pada sesi (mesyuarat) kuartet (menteri Covid-19) akan datang, ia (pengimbas suhu) tidak lagi diwajibkan,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini. Ketika ini, setiap premis perlu…

Read More

Istiadat Nikah Diraja Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN 20 Jan. – Puteri kedua bongsu Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah bersama Puan Mariam, Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah selamat melangsungkan pernikahan dengan Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi petang ini. Majlis Istiadat Nikah Diraja Brunei itu berlangsung di Masjid Omar Ali Saifuddien, yang turut disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Brunei (RTB) melalui platform digital dan elektronik. Dengan sekali lafaz, Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah sah bergelar isteri kepada Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei itu berlangsung selama 10…

Read More

Terus patuh SOP, titah Sultan Selangor

SHAH ALAM 20 Jan. – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru para jemaah agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pentadbir masjid dan surau berikutan ketetapan baharu solat Jumaat mulai esok. Baginda juga mahu setiap jemaah telah menerima suntikan dua dos vaksin dan juga dos penggalak Covid-19. Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Istana Alam Shah memaklumkan ketetapan baharu dilakukan berpandukan statistik dan data terkini mengenai penularan wabak Covid-19. Ketetapan baharu itu juga dibuat  setelah mendapat nasihat dan pandangan daripada Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr…

Read More

Filipina catat peningkatan kes

MANILA 20 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 31,173 kes baharu Covid-19, menunjukkan peningkatan berbanding 22,958 yang dilaporkan semalam. Berikutan peningkatan kes baharu itu, jumlah keseluruhan yang direkodkan setakat ini adalah sebanyak 3,324,478. Menurut DoH, setakat pukul 4 petang ini, 110 orang telah meninggal dunia berbanding 82 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 53,153 meninggal dunia. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 26,298 pesakit dilaporkan pulih dan ini menjadikan jumlah kes sembuh meningkat kepada 2,995,961 orang atau 90.1 peratus daripada jumlah keseluruhan. Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini,…

Read More

Nafi tangguh umrah

MAKKAH 20 Jan. –  Kementerian Haji dan Umrah menafikan khabar angin berhubung penggantungan umrah berikutan peningkatan penularan Covid-19 di Arab Saudi. Sumber Kementerian memberitahu Haramain Sharifain bahawa Kementerian tidak bercadang menangguhkan umrah sebaliknya menyeru pelawat dan jemaah haji mematuhi langkah berjaga-jaga yang diputuskan oleh pihak berkuasa. Sebelum ini, dua masjid suci di Makkah dan Madinah mengenakan semula penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka sebagaj langkah keselamatan berikutan lonjakan kes Covid-19. Semalam, Arab Saudi merekodkan 5,928 kes baharu Covid-19 menjadikan  jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 632,736. Daripada jumlah…

Read More

Tempah vaksin kanak-kanak 31 Januari

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Sistem tempahan janji temu pemberian vaksinasi kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun melalui aplikasi MySejahtera akan dibuka pada hujung bulan ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau memberitahu, sebagai permulaan ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan dalam aplikasi berkenaan. Katanya, pelancaran program pemberian vaksinasi kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun akan diadakan pada 3 Februari 2022 di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur. Tempahan janji temu vaksinasi bagi golongan berkenaan akan dibuka secara berperingkat bermula 31 Januari ini untuk mereka yang…

Read More