12 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 27 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 31,930 orang, daripada 2.82 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, dua daripada 12 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu. Ini berikutan proses pengesahan sama ada meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 46,785 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 39,394 individu atau 84.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,380 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 2,882 kes dirawat di hospital dan 129 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 57 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 72 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment