1,001 kes Omicron di Singapura

SINGAPURA 20 Jan. – Sebanyak 1,001 kes baharu varian Omicron disahkan Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura hari ini di mana 952 adalah jangkitan tempatan dan 42 lagi merupakan kes import.

MoH dalam laporan kes harian Covid-19 memberitahu, sebanyak 1,472 kes baharu termasuk 339 kes import direkodkan berbanding 1,615 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 297,549 kes.

Terdapat 1,133 kes dalam masyarakat manakala satu kematian dilaporkan dan setakat ini jumlah yang meninggal dunia adalah 845 orang.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 2.17, naik berbanding 1.96 pada 19 Januari lalu. Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Seramai 306 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 281 semalam, 16 kes memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 14 kes dipantau rapi di ICU.

Seramai 966 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment