Nafi tangguh umrah

MAKKAH 20 Jan. –  Kementerian Haji dan Umrah menafikan khabar angin berhubung penggantungan umrah berikutan peningkatan penularan Covid-19 di Arab Saudi.

Sumber Kementerian memberitahu Haramain Sharifain bahawa Kementerian tidak bercadang menangguhkan umrah sebaliknya menyeru pelawat dan jemaah haji mematuhi langkah berjaga-jaga yang diputuskan oleh pihak berkuasa.

Sebelum ini, dua masjid suci di Makkah dan Madinah mengenakan semula penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka sebagaj langkah keselamatan berikutan lonjakan kes Covid-19.

Semalam, Arab Saudi merekodkan 5,928 kes baharu Covid-19 menjadikan  jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 632,736.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 1,525 kes direkodkan di Riyadh diikuti Jeddah 753, Makkah 332, Madinah 281, Dammam 214, Hofuf 211 dan Rabigh 122.

Related posts

Leave a Comment