5,591 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 20 Jan. – Riyadh merekodkan kes harian tertinggi berbanding bandar lain di Arab Saudi dengan 1,476 berbanding 5,591 kes yang dilaporkan hari ini.

Jumlah kes harian itu lebih rendah berbanding semalam yang hampir mencecah 6,000 iaitu 5,928 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 638,327.

Dua kematian juga dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,914 orang meninggal dunia.

Sementara itu Jeddah merekodkan 551 kes diikuti Makkah 295, Dammam 249, Hofuf 213, Madinah 190 dan Abha 115.

Sebanyak 5,238 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jan menjadikan jumlah keseluruhan 584,050 orang.

Dalam kalangan kes aktif pula, 540 orang adalah dalam keadaan kritikal

Related posts

Leave a Comment