Filipina catat peningkatan kes

MANILA 20 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 31,173 kes baharu Covid-19, menunjukkan peningkatan berbanding 22,958 yang dilaporkan semalam.

Berikutan peningkatan kes baharu itu, jumlah keseluruhan yang direkodkan setakat ini adalah sebanyak 3,324,478.

Menurut DoH, setakat pukul 4 petang ini, 110 orang telah meninggal dunia berbanding 82 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 53,153 meninggal dunia.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 26,298 pesakit dilaporkan pulih dan ini menjadikan jumlah kes sembuh meningkat kepada 2,995,961 orang atau 90.1 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini, sebanyak 8.3 peratus atau 275,364 adalah kes aktif, juga menunjukkan peningkatan berbanding 270,728 semalam.

Related posts

Leave a Comment