Kes Arab Saudi lepasi 600,000

RIYADH 14 Jan. – Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi mencecah 600,000 kes selepas merekodkan 5,628 kes baharu hari ini. Inilah hari ketiga berturut-turut, jumlah kes harian melebihi 5,000 apabila merekodkan 5,628 kes semalam dan 5,362 kes sebelum itu. Menurut Kementerian Kesihatan, dua lagi kematian dilaporkan dan jumlah itu masih bertahan tanpa kenaikan mendadak seperti kes jangkitan . Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 604,672 dengan jumlah kematian pula 8,903. Sementara itu, sebanyak 3,511 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh 558,546.…

Read More

Lagi 832 kes Omicron di Singapura

SINGAPURA 14 Jan. –  Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura melaporkan 945 kes baharu Covid-19 termasuk 363 kes import setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jumlah keseluruhan 290,030 kes. Satu kes kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 840 orang meninggal dunia akibat Covid-19. Pada masa yang sama, sebanyak 832 kes baharu Omicron disahkan hari ini –  543 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 289 lagi adalah kes import. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 582 adalah kes dalam masyarakat Menurut MoH, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.38, merosot…

Read More

Jumlah kes 37,207 di Filipina

MANILA 14 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Filipina terus menunjukkan peningkatan apabila 37,207 lagi kes baharu positif direkodkan berbanding 34,021 yang dilaporkan semalam. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), jumlah kematian pula 81 orang, kurang sedikit berbanding 82 orang yang dilaporkan meninggal dunia semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Filipina setakat ini adalah 3,129,512 orang manakala jumlah yang meninggal dunia pula meningkat kepada 52,815 orang. Daripada jumlah kes yang direkodkan di negara ini, 8.5 peratus atau 265,509 adalah kes aktif.

Read More

Kes harian Malaysia turun

PUTRAJAYA 14 Jan. – Jumlah kes harian Covid-19 turun sedikit dalam tempoh 24 jam lalu dengan merekodkan 3,346 kes berbanding 3,684 semalam. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah, penambahan itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,802,263 kes. Daripada jumlah kes baharu hari ini, 3,297 kes atau 98.5 peratus adalah terdiri dari kategori 1 dan 2 manakala 49 kes (1.5 peratus) kategori 3,4 dan 5. Manakala kes sembuh pula adalah sebanyak 3,052 menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah sebanyak 2,729,943 kes atau 97.4 peratus. Sebanyak 204 kes dirawat di Unit…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 1.00

PUTRAJAYA 14 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 negara ini, kembali meningkat kepada 1.00 semalam berbanding 0.99 dicatatkan pada hari sebelumnya. Berdasarkan data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini, enam negeri merekodkan kadar Rt tertinggi melebihi 1.00. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendahului dengan 1.08, Sabah 1.07, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.05, Melaka 1.02, Negeri Sembilan 1.01 dan Selangor 1.00. Negeri-negeri yang mencatatkan Rt melebihi 0.90 ialah Johor 0.99, Pahang 0.97, Pulau Pinang 0.96, Kedah 0.94, Perak 0.93, Kelantan 0.91 dan Sarawak 0.91. Tiga negeri mencatatkan…

Read More

1 bilion kit ujian pantas percuma

WASHINGTON DC: Sebanyak 1 bilion unit kit ujian pantas Covid-19 akan diedarkan secara percuma kepada rakyat Amerika Syarikat (AS) berserta pelitup muka N95 sebagai perlindungan bagi membantu mengekang peningkatan kes yang lebih tinggi. Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, kesemua kit ujian dan pelitup muka itu akan diedarkan melalui pautan web persekutuan yang akan dilancarkan minggu hadapan dan akan dihantar ke rumah. “Sejumlah 500 juta kit kini dalam proses untuk dihantar secara percuma, saya sudah arahkan pasukan saya untuk menambah setengah bilion lagi, tambahan 500 juta kit ujian untuk…

Read More

12 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 14 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 31,750 orang, daripada 2.79 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, tiada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 40,276 kes aktif Covid-19 di seluruh…

Read More