SEPANG 14 Julai – Parti Wawasan Negara secara rasmi menjadi parti anggota Perikatan Nasional (PN) selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan pertukaran nama Parti Cinta Malaysia (PCM) kepada Parti Wawasan Negara pada 6 Julai lepas.
Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan berkata parti itu secara sah menjadi parti anggota gabungan itu mulai tarikh sama berdasarkan peruntukan Fasal 6.5 Perlembagaan PN.
“PN menerima pemakluman bahawa pihak RoS telah meluluskan permohonan pertukaran nama PCM kepada Parti Wawasan Negara (Wawasan Negara) pada 6 Julai 2026.
“Sehubungan dengan itu, Parti Wawasan Negara (Wawasan Negara) secara sah menjadi parti anggota PN atas namanya mulai tarikh tersebut berdasarkan peruntukan Fasal 6.5, Perlembagaan PN,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, media melaporkan bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Hamzah Zainudin mengumumkan penubuhan Parti Wawasan Negara.
Nnn
