12 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 14 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 31,750 orang, daripada 2.79 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, tiada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 40,276 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 33,075 individu atau 82.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,660 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,343 kes dirawat di hospital dan 198 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 105 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 93 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment