Kes Arab Saudi lepasi 600,000

RIYADH 14 Jan. – Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi mencecah 600,000 kes selepas merekodkan 5,628 kes baharu hari ini.

Inilah hari ketiga berturut-turut, jumlah kes harian melebihi 5,000 apabila merekodkan 5,628 kes semalam dan 5,362 kes sebelum itu.

Menurut Kementerian Kesihatan, dua lagi kematian dilaporkan dan jumlah itu masih bertahan tanpa kenaikan mendadak seperti kes jangkitan .

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 604,672 dengan jumlah kematian pula 8,903.

Sementara itu, sebanyak 3,511 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh 558,546.

Daripada jumlah kes aktif pula, sebanyak 287 pesakit dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment