Jumlah kes 37,207 di Filipina

MANILA 14 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Filipina terus menunjukkan peningkatan apabila 37,207 lagi kes baharu positif direkodkan berbanding 34,021 yang dilaporkan semalam.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), jumlah kematian pula 81 orang, kurang sedikit berbanding 82 orang yang dilaporkan meninggal dunia semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Filipina setakat ini adalah 3,129,512 orang manakala jumlah yang meninggal dunia pula meningkat kepada 52,815 orang.

Daripada jumlah kes yang direkodkan di negara ini, 8.5 peratus atau 265,509 adalah kes aktif.

Related posts

Leave a Comment