Kes harian Malaysia turun

PUTRAJAYA 14 Jan. – Jumlah kes harian Covid-19 turun sedikit dalam tempoh 24 jam lalu dengan merekodkan 3,346 kes berbanding 3,684 semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah, penambahan itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,802,263 kes.

Daripada jumlah kes baharu hari ini, 3,297 kes atau 98.5 peratus adalah terdiri dari kategori 1 dan 2 manakala 49 kes (1.5 peratus) kategori 3,4 dan 5.

Manakala kes sembuh pula adalah sebanyak 3,052 menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah sebanyak 2,729,943 kes atau 97.4 peratus.

Sebanyak 204 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dimana 95 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia juga melaporkan tiada kes baharu Covid-19 dilaporkan di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) menjadikan jumlahnya kekal 15 kes.

Dr Noor Hisham memaklumkan satu kes baharu Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir menjadi jumlah keseluruhan dalam mangsa banjir sebanyak 471 kes.

Related posts

Leave a Comment