Kadar kebolehjangkitan 1.00

PUTRAJAYA 14 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 negara ini, kembali meningkat kepada 1.00 semalam berbanding 0.99 dicatatkan pada hari sebelumnya.

Berdasarkan data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini, enam negeri merekodkan kadar Rt tertinggi melebihi 1.00.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendahului dengan 1.08, Sabah 1.07, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.05, Melaka 1.02, Negeri Sembilan 1.01 dan Selangor 1.00.

Negeri-negeri yang mencatatkan Rt melebihi 0.90 ialah Johor 0.99, Pahang 0.97, Pulau Pinang 0.96, Kedah 0.94, Perak 0.93, Kelantan 0.91 dan Sarawak 0.91.

Tiga negeri mencatatkan bacaan Rt terendah iaitu Terengganu 0.79 manakala Labuan 18 kes serta Perlis lapan kes.

Related posts

Leave a Comment