Lagi 832 kes Omicron di Singapura

SINGAPURA 14 Jan. –  Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura melaporkan 945 kes baharu Covid-19 termasuk 363 kes import setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jumlah keseluruhan 290,030 kes.

Satu kes kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 840 orang meninggal dunia akibat Covid-19.

Pada masa yang sama, sebanyak 832 kes baharu Omicron disahkan hari ini –  543 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 289 lagi adalah kes import.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 582 adalah kes dalam masyarakat

Menurut MoH, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.38, merosot berbanding 1.43 pada Khamis.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya. 

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru Covid-19 masih meningkat.

Sementara itu seramai 185 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 172 semalam.

Lapan kes memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 11 dipantau rapi di ICU manakala 938 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment