1 bilion kit ujian pantas percuma

WASHINGTON DC: Sebanyak 1 bilion unit kit ujian pantas Covid-19 akan diedarkan secara percuma kepada rakyat Amerika Syarikat (AS) berserta pelitup muka N95 sebagai perlindungan bagi membantu mengekang peningkatan kes yang lebih tinggi.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, kesemua kit ujian dan pelitup muka itu akan diedarkan melalui pautan web persekutuan yang akan dilancarkan minggu hadapan dan akan dihantar ke rumah.

“Sejumlah 500 juta kit kini dalam proses untuk dihantar secara percuma, saya sudah arahkan pasukan saya untuk menambah setengah bilion lagi, tambahan 500 juta kit ujian untuk diedarkan secara percuma.

“Jadi jumlah keseluruhan 1 bilion untuk memenuhi permintaan,” katanya.

Biden turut mengumumkan bahawa mulai minggu hadapan, 1,000 kakitangan perubatan tentera akan mula ditempatkan di seluruh negara bagi membantu kemudahan perubatan yang semakin lumpuh.

Ia berikutan ramai antara petugas kesihatan turut dijangkiti serta berada dalam kuarantin.

Katanya lonjakan kes ketika Tahun Baharu adalah satu perkara yang mendukacitakan dan terus berharap agar rakyatnya mengambil dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment