Thailand catat 7,133 kes

BANGKOK 11 Jan. – Thailand merekodkan 7,133 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menunjukkan penurunan berbanding 7,926 yang dilaporkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 12 lagi dilaporkan meninggal dunia berbanding 13 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 2,284,609 dan jumlah kematian pula meningkat kepada 21,850 orang. Daripada  7,133 kes baharu, terdapat 45 kes melibatkan penghuni penjara dan 411 kes import Bangkok merekodkan 593 kes, diikuti Chon Buri 583, Samut Prakan 530, Phuket 468, Ubon Ratchathani 426, Nonthaburi 336, Khon Kaen 280, Chiang Mai 209, Pathum Thani 173 dan…

Read More

3,175 kes baharu di Malaysia

PUTRAJAYA 11 Jan. – Sebanyak 3,175 lagi kes positif baharu Covid-19 dikesan hari ini,  angka yang meningkat berbanding 2,641 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,792,035 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 2,903 kes membabitkan penularan tempatan iaitu 2,745 warganegara atau 94.6 peratus dan 158 bukan warganegara (5.4 peratus). Manakala 272 kes import pula terdiri daripada 224 rakyat tempatan dan 48 warga asing. “Daripada 3,175 kes harian yang dilaporkan pada hari ini sebanyak 60 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 3,115 kes atau…

Read More

Kes di Arab Saudi 4,652

RIYADH 11 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi masih melepasi 4,000 kes, hari kedua dengan merekodkan 4,652 berbanding semalam 4,778. Dalam tempoh 24 jam, angka kematian juga masih kecil iaitu dua kes direkodkan, jumlah sama seperti dilaporkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini di Arab Saudi meningkat kepada 588,183 dan 8,897 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 2,051 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 549,558 pesakit pulih. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 190 dilaporkan kritikal.

Read More

16 kluster babitkan jemaah umrah

PUTRAJAYA 11 Jan. – Kementerian Kesihatan mengesan 16 kluster jangkitan Covid-19 termasuk tujuh dengan kes indeks varian Omicron membabitkan jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi antara 25 November hingga hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata enam lagi kluster membabitkan kes indeks diandaikan Omicron yang sedang menunggu keputusan penjujukan genom keseluruhan (WGS). Dalam satu kenyataan, beliau berkata tiga lagi kluster membabitkan kes indeks positif Covid-19 bukan varian Omicron. Beliau berkata, daripada jumlah kluster itu, empat kluster membabitkan kes dari Pahang, masing-masing tiga kluster dari Kelantan dan…

Read More

Omicron: Langkah ketat tanpa PKP

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Kerajaan tidak akan menggunakan semula pendekatan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara besar-besaran seperti sebelum ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Tun Hussein. Kerajaan bagaimanapun tidak menolak untuk mengambil langkah lebih ketat ekoran penularan varian Omicron, termasuk menyekat pergerakan keluar dan masuk dari lebih banyak negara jika negara berkenaan didapati berisiko tinggi. Mengambil kira pembentangan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini, setakat ini sebanyak 245 kes Omicron telah disahkan di Malaysia. “Sebahagian besar kes jangkitan varian ini di negara kita masih lagi berpunca daripada…

Read More

Filipina capai 3 juta kes Covid-19

MANILA 11 Jan. – Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Filipina kini mencecah 3,026,473 selepas 28,007 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 33,169 yang dilaporkan semalam. Setakat pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) merekodkan 219 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 52,511 orang meninggal dunia. Pada masa yang sama, sebanyak 4,471 kes sembuh dilaporkan dan ini membawa kepada jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 2,792,946 orang. Daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan dalam negara, sebanyak 6.0 peratus atau 181,016 adalah kes aktif, meningkat berbanding 157,526 semalam.

Read More

Kadar kebolehjangkitan kekal 0.98

PUTRAJAYA 11 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam kekal pada 0.98 sama seperti hari sebelumnya. Sembilan negeri merekodkan kadar lebih tinggi, dengan lapan daripadanya melepasi 1.00 didahului Wilayah Persekutuan Labuan 1.16. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.08, Sabah 1.06, Melaka 1.04, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.03, Negeri Sembilan 1.01, Selangor 1.00 dan Kedah 1.00. Pahang pula merekodkan 0.99. Negeri-negeri yang mencatatkan kadar lebih rendah adalah Johor 0.96, Pulau Pinang 0.95, Kelantan 0.94, Perak 0.92, Perlis 0.92, Terengganu 0.87 dan Sarawak 0.85.

Read More

8 juta dapatkan dos penggalak

PUTRAJAYA 11 Jan. – Sebanyak 78.6 peratus atau 25,653,398 populasi keseluruhan lengkap divaksinasi manakala 79.7 peratus atau 26,027,402 telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Menurut data COVIDNOW, sebanyak 97.8 peratus atau 22,886,013 populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 99 peratus atau 23,170,208 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja pula, sebanyak 87.9 peratus atau 2,767,385 individu telah melengkapkan dua dos dan 90.8 peratus atau 2,857,194 menerima sekurang-kurangnya satu dos. Dalam tempoh yang sama, sehingga malam tadi, 8,032,484 individu atau 24.6 peratus telah mendapat dos penggalak. Semalam terdapat pertambahan 218,076…

Read More

Usia 50 wajib ambil vaksin

ROM: Warganegara Itali yang berusia 50 tahun keatas diwajibkan mengambil vaksin  sebagai usaha kerajaan mengawal jangkitan Covid-19. Langkah itu berikutan negara berkenaan mencatatkan peningkatan kes dengan lebih separuh mereka yang dijangkiti masih belum mendapatkan suntikan vaksin. Perdana Menteri Mario Draghi berkata, mereka yang tidak divaksin menjadi penyumbang utama kepada krisis kesihatan berpanjangan dan peningkatan kes Covid-19 di Itali. Mereka yang tidak divaksin juga disekat daripada menggunakan perkhidmatan sosial seperti restoran dan bar dan pengangkutan awam. Ia sebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat. Bagaimanapun peraturan tersebut tidak…

Read More