Kes di Arab Saudi 4,652

RIYADH 11 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi masih melepasi 4,000 kes, hari kedua dengan merekodkan 4,652 berbanding semalam 4,778.

Dalam tempoh 24 jam, angka kematian juga masih kecil iaitu dua kes direkodkan, jumlah sama seperti dilaporkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini di Arab Saudi meningkat kepada 588,183 dan 8,897 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 2,051 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 549,558 pesakit pulih.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 190 dilaporkan kritikal.

Related posts

Leave a Comment