Kes jangkitan lebih rendah

RIYADH 18 Nov. – Jika semalam angka 362 kes jangkitan dianggap terendah dalam tempoh tujuh bulan pandemik Covid-19 di Arab Saudi, hari ini jumlah kes positif lebih rendah iaitu 290 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kumulatif kes kini adalah 354,208 dengan kes aktif 6,983 dan daripada jumlah itu, 808 kritikal.

Sebanyak 18 kematian dilaporkan yang membawa jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 5,710 orang.

Bagi kes sembuh pula, sebanyak 411 pesakit pulih dan ini membawa kepada peningkatan kes 341,515 atau 96.41 peratus daripada keseluruhan kes.

Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 63 kes diikuti Madinah 29, Hail 24, dan Jeddah 13 kes.

Related posts

Leave a Comment