Thailand catat 7,133 kes

BANGKOK 11 Jan. – Thailand merekodkan 7,133 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menunjukkan penurunan berbanding 7,926 yang dilaporkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 12 lagi dilaporkan meninggal dunia berbanding 13 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 2,284,609 dan jumlah kematian pula meningkat kepada 21,850 orang.

Daripada  7,133 kes baharu, terdapat 45 kes melibatkan penghuni penjara dan 411 kes import

Bangkok merekodkan 593 kes, diikuti Chon Buri 583, Samut Prakan 530, Phuket 468,

Ubon Ratchathani 426, Nonthaburi 336, Khon Kaen 280, Chiang Mai 209, Pathum Thani 173 dan Buri Ram 162.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari lebih 50 negara termasuk  64 dari Rusia , 36  Kazakhstan, 25 masing-masing dari Perancis dan United Kingdom, 24 masing-masing dari Switzerland dan Amerika Syarikat, 19 dari Jerman dan 18 dari Australia.

Semalam sebanyak 3,306 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,200,785 pesakit pulih dari jangkitan.

 

Related posts

Leave a Comment