Usia 50 wajib ambil vaksin

ROM: Warganegara Itali yang berusia 50 tahun keatas diwajibkan mengambil vaksin  sebagai usaha kerajaan mengawal jangkitan Covid-19.

Langkah itu berikutan negara berkenaan mencatatkan peningkatan kes dengan lebih separuh mereka yang dijangkiti masih belum mendapatkan suntikan vaksin.

Perdana Menteri Mario Draghi berkata, mereka yang tidak divaksin menjadi penyumbang utama kepada krisis kesihatan berpanjangan dan peningkatan kes Covid-19 di Itali.

Mereka yang tidak divaksin juga disekat daripada menggunakan perkhidmatan sosial seperti restoran dan bar dan pengangkutan awam.

Ia sebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat.

Bagaimanapun peraturan tersebut tidak terpakai kepada mereka yang baru sembuh daripada Covid-19.

Itali mencatatkan kes positif harian melebihi 100,000 kes dengan 227 kematian dalam masa 24 jam lepas.

Related posts

Leave a Comment