Filipina capai 3 juta kes Covid-19

MANILA 11 Jan. – Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Filipina kini mencecah 3,026,473 selepas 28,007 kes baharu direkodkan hari ini berbanding

33,169 yang dilaporkan semalam.

Setakat pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) merekodkan 219 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 52,511 orang meninggal dunia.

Pada masa yang sama, sebanyak 4,471 kes sembuh dilaporkan dan ini membawa kepada jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 2,792,946 orang.

Daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan dalam negara, sebanyak 6.0 peratus atau 181,016 adalah kes aktif, meningkat berbanding 157,526 semalam.

Related posts

Leave a Comment