Kluster tempat kerja meningkat

PUTRAJAYA 3 Jan. –  Kementerian Kesihatan mengesan peningkatan sebanyak 33.3 peratus kluster baharu jangkitan Covid-19 di negara ini pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-52, berbanding ME ke-51. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peningkatan ketara itu bagi kategori kluster tempat kerja dan kluster import, manakala kategori kluster lain menunjukkan penurunan kecuali kluster komuniti dan pusat tahanan yang kekal statik pada ME ke-52. Beliau berkata, peningkatan kluster tempat kerja ini menunjukkan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) masih lagi di tahap yang rendah. “Hal ini tidak seharusnya berlaku memandangkan masyarakat…

Read More

Kes di Arab Saudi cecah 1,746

RIYADH 3 Jan. – Buat hari kedua, Arab Saudi merekodkan kes harian melebihi 1,000 kes apabila jumlah yang dicatatkan meningkat kepada 1,746 berbanding 1,024 yang direkodkan semalam. Pada masa yang sama, menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dua kematian dilaporkan berbanding semalam seorang meninggal dunia. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Arab Saudi setakat ini adalah 559,852 orang dengan kematian pula sebanyak 8,881. Menurut MoH juga, sebanyak 341 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 542,754 orang. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 90…

Read More

Jokowi bersyukur 280 juta dos tercapai

JAKARTA 3 Jan. – Presiden Joko Widodo bersyukur sasaran vaksinasi Covid-19 akhirnya tercapai selepas lebih 280 juta dos vaksin disuntik kepada penduduk seluruh republik itu sehingga akhir tahun lepas. “Pada hari ini patut kita syukuri, saya sudah khawatir nanti akhir tahun (2021) target 280 juta dosis vaksin bisa disuntikkan ke seluruh masyarakat tercapai atau tidak. Ternyata tadi pagi sudah berada di angka 281,299,690 dosis,” katanya. Katanya, berdasarkan geografi Indonesia, pencapaian tersebut bukan suatu hal yang mudah, kerana terpaksa ke kawasan atau daerah dengan menggunakan perahu, motosikal, berjalan kaki dan mendaki…

Read More

Thailand catat 2,927 kes harian

BANGKOK 3 Jan. – Jumlah kes harian Covid-19 yang direkodkan Thailand hari ini turun kepada 2,927 kes berbanding 3,112 yang direkodkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 18 kematian direkodkan hari ini, meningkat sedikit berbanding semalam dengan angka 12. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 2,232,485 orang manakala 21,738 orang telah meninggal dunia. Sementara itu Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) memaklumkan, 18 kematian melibatkan mereka yang berumur antara 45 hingga 92 tahun Daripada 2,927 kes baharu itu, ia termasuk 2,738 jangkitan tempatan, 21 kes dalam kalangan banduan…

Read More

4,084 kes baharu di Filipina

MANILA 3 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 4,084 kes baharu Covid-19 hari ini, menunjukkan penurunan berbanding 4,600 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes 2,855,819. Sehingga pukul 4 petang ini, DoH juga melaporkan 16 lagi kematian berbanding 25 kes semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 51,586 orang meninggal dunia. Sebanyak 97.3 peratus atau 2,779,241 daripada keseluruhan kes telah sembuh termasuk 497 yang dilaporkan pulih hari ini. Sementara itu kes aktif pula meningkat kepada 24,992 berbanding 21,418 kes yang direkodkan semalam.

Read More

Australia kekal buka semula ekonomi

SYDNEY 3 Jan. – Australia meneruskan perancangan untuk membuka semula sektor ekonomi, berikutan impak gejala ringan daripada strain Omicron Covid-19 walaupun pada masa sama kes jangkitan terbaharu mencatat rekod tinggi. Kes positif baharu di negara itu kini lebih daripada 37,000 kes, dan bilangan pesakit  di hospital juga meningkat. Angka kes harian pada Isnin (3 Januari) diperoleh di negeri Victoria, Queensland, South Australia dan Tasmania manakala di New South Wales, tercatat sebanyak 20,794 kes baharu, lebih tinggi daripada angka pada Ahad. Menteri Kesihatan Persekutuan, Greg Hunt berkata, kerajaan diberitahu bahawa Omicron diakui…

Read More

Kes harian Malaysia turun sedikit

PUTRAJAYA 3 Jan. – Malaysia mencatatkan  2,690  kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, turun sedikit berbanding 2,882 semalam. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,767,044 kes. Pada 1 Januari lalu, jumlah kes yang direkodkan adalah 3,386.dan pada hari terakhir 2021, jumlah kes harian sebanyak3,573.

Read More

Ada banyak kes flurona?

ISRAEL: Para doktor percaya terdapat lebih banyak kes campuran dua penyakit yang jarang berlaku, iaitu demam selesema dan koronavirus, yang dikenali sebagai “flurona” seperti dialami seorang wanita hamil baru-baru ini. Pengarah Jabatan Sakit Puan di Hospital Beilinson di bandar Petah Tikva, Arnon Vizhnitser berkata, wanita itu merupakan kes pertama yang  didiagnosis dengan kedua-dua penyakit tersebut secara serentak. “Kami sedang menyaksikan semakin ramai wanita hamil yang dijangkiti demam selesema. Memang satu cabaran besar untuk merawat seorang wanita yang mengalami demam sebelum bersalin,” kata Profesor Vizhnitser.  Menurut laporan-laporan tempatan, pesakit adalah seorang…

Read More

57,841,435 dos sudah disuntik

PUTRAJAYA 3 Jan. – Sebanyak 94,040 dos diberikan semalam yang membabitkan 91,436 dos penggalak, 1,340 dos kedua (pelengkap) dan 1,264 dos pertama. Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 57,841,435. PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. Menurut data portal COVIDNOW, sebanyak 19.7 peratus populasi atau 6,422,084 telah mendapatkan dos penggalak. Manakala 78.4 peratus atau 25,617,720 populasi keseluruhan melengkapkan dua dos dan 79.6 peratus atau 26,001,229 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.…

Read More