Australia kekal buka semula ekonomi

SYDNEY 3 Jan. – Australia meneruskan perancangan untuk membuka semula sektor ekonomi, berikutan impak gejala ringan daripada strain Omicron Covid-19 walaupun pada masa sama kes jangkitan terbaharu mencatat rekod tinggi.

Kes positif baharu di negara itu kini lebih daripada 37,000 kes, dan bilangan pesakit  di hospital juga meningkat.

Angka kes harian pada Isnin (3 Januari) diperoleh di negeri Victoria, Queensland, South Australia dan Tasmania manakala di New South Wales, tercatat sebanyak 20,794 kes baharu, lebih tinggi daripada angka pada Ahad.

Menteri Kesihatan Persekutuan, Greg Hunt berkata, kerajaan diberitahu bahawa Omicron diakui lebih cepat merebak namun kesannya lebih ringan berbanding varian lain, sekali gus mengurangkan risiko ke atas individu dan sistem kesihatan.

Sementara Perdana Menteri Scott Morrison pula berkata : “Kita sudah berhenti memikirkan tentang angka kes dan fokus kepada gejala dan penyakit yang serius. Kita kini hidup bersama virus, menjaga kesihatan sendiri dan memastikan kita memantau simptom, serta meneruskan ekonomi,”

Angka tertinggi kebangsaan pernah mencatat rekod lebih daripada 37,150 kes, tidak termasuk kes di Australia Barat dan Wilayah Utara.

Mereka yang didaftar masuk ke hospital meningkat ke 1,204 kes di New South Wales, naik lebih 10 peratus berbanding hari sebelumnya, dan tiga kali ganda lebih tinggi berbanding pada Hari Natal.

Related posts

Leave a Comment