Thailand catat 2,927 kes harian

BANGKOK 3 Jan. – Jumlah kes harian Covid-19 yang direkodkan Thailand hari ini turun kepada 2,927 kes berbanding 3,112 yang direkodkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 18 kematian direkodkan hari ini, meningkat sedikit berbanding semalam dengan angka 12.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 2,232,485 orang manakala 21,738 orang telah meninggal dunia.

Sementara itu Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) memaklumkan, 18 kematian melibatkan mereka yang berumur antara 45 hingga 92 tahun

Daripada 2,927 kes baharu itu, ia termasuk 2,738 jangkitan tempatan, 21 kes dalam kalangan banduan dan 168 kes import.

Bangkok merekodkan 358 kes baharu diikuti Chon Buri 351, Ubon Ratchathani 206,  Khon Kaen 143, Chiang Mai 97, Nakhon Si Thammarat 96, Samut Prakan 90, Phuket 64, Nonthaburi 63 dan Buri Ram 54.

Related posts

Leave a Comment