Kes di Arab Saudi cecah 1,746

RIYADH 3 Jan. – Buat hari kedua, Arab Saudi merekodkan kes harian melebihi 1,000 kes apabila jumlah yang dicatatkan meningkat kepada 1,746 berbanding 1,024 yang direkodkan semalam.

Pada masa yang sama, menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dua kematian dilaporkan berbanding semalam seorang meninggal dunia.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Arab Saudi setakat ini adalah 559,852 orang dengan kematian pula sebanyak 8,881.

Menurut MoH juga, sebanyak 341 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 542,754 orang.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 90 pesakit berada dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, semalam statistik Kementerian Dalam Negeri menunjukkan dalam tempoh seminggu sebanyak 8,955 kes direkodkan didahului Riyadh sebanyak 2,715, diikuti  Madinah 1,423, Makkah 1,088, Wilayah Timur 894, Hail 513, Asir 481, Qassim 407, Baha 340,  sempadan utara 316, Tabuk 247, Jouf 238, Najran 148, dan Jazan 145.

Related posts

Leave a Comment