57,841,435 dos sudah disuntik

PUTRAJAYA 3 Jan. – Sebanyak 94,040 dos diberikan semalam yang membabitkan 91,436 dos penggalak, 1,340 dos kedua (pelengkap) dan 1,264 dos pertama.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 57,841,435.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Menurut data portal COVIDNOW, sebanyak 19.7 peratus populasi atau 6,422,084 telah mendapatkan dos penggalak.

Manakala 78.4 peratus atau 25,617,720 populasi keseluruhan melengkapkan dua dos dan 79.6 peratus atau 26,001,229 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Seramai 22,860,910 individu atau 97.7 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin dan 98.9 peratus atau 23,152,917 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,756,810 individu atau 87.6 peratus telah melengkapkan dua dos manakala 90.5 peratus atau 2,848,312 mendapat sejurang-kurangnya satu dos.

Related posts

Leave a Comment