4,084 kes baharu di Filipina

MANILA 3 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 4,084 kes baharu Covid-19 hari ini, menunjukkan penurunan berbanding 4,600 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes 2,855,819.

Sehingga pukul 4 petang ini, DoH juga melaporkan 16 lagi kematian berbanding 25 kes semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 51,586 orang meninggal dunia.

Sebanyak 97.3 peratus atau 2,779,241 daripada keseluruhan kes telah sembuh termasuk 497 yang dilaporkan pulih hari ini.

Sementara itu kes aktif pula meningkat kepada 24,992 berbanding 21,418 kes yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment