Ada banyak kes flurona?

ISRAEL: Para doktor percaya terdapat lebih banyak kes campuran dua penyakit yang jarang berlaku, iaitu demam selesema dan koronavirus, yang dikenali sebagai “flurona” seperti dialami seorang wanita hamil baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Sakit Puan di Hospital Beilinson di bandar Petah Tikva, Arnon Vizhnitser berkata, wanita itu merupakan kes pertama yang  didiagnosis dengan kedua-dua penyakit tersebut secara serentak.

“Kami sedang menyaksikan semakin ramai wanita hamil yang dijangkiti demam selesema. Memang satu cabaran besar untuk merawat seorang wanita yang mengalami demam sebelum bersalin,” kata Profesor Vizhnitser. 

Menurut laporan-laporan tempatan, pesakit adalah seorang wanita muda yang hamil yang kini dirawat di hospital, meskipun mengalami gejala ringan.

Katanya, wanita tersebut didiagnosis dengan demam selesema dan koronavirus apabila tiba di hospital dan kedua-dua penyakit itu mudah berjangkit dan boleh menyebabkan masalah pernafasan kerana kedua-duanya menyerang trakus pernafasan atas. 

Menurut Kementerian Kesihatan Israel, pihaknya sedang mengkaji kes berkenaan untuk menentukan sama ada gabungan kedua-dua jangkitan tersebut boleh penyakit yang lebih memudaratkan. 

Related posts

Leave a Comment