Singapura lapor 4,481 kes baharu

SINGAPURA 31 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,481 kes baharu Covid-19 dan satu kematian di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 4,241 adalah kes tempatan manakala 240 lagi adalah kes import.

Dengan perkembangan ini, jumlah kes terkumpul sejak pandemik melanda adalah sebanyak 352,811 dengan jumlah kematian pula 856.

Menurut MoH, jumlah kes baharu Protokol 2 adalah 2,955 kes terdiri daripada 15 kes import dan 2,940 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 1,526 kes disahkan menerusi ujian PCR di mana 1,301 adalah jangkitan tempatan manakala 225 adalah kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.94, turun dari 2.02 pada Ahad (30 Januari).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Sementara itu seramai759 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 709 semalam di mana 64 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 10 dipantau rapi di ICU.

Pada masa yang sama, seramai 5,529 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Setakat Ahad, 92 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment