Kes harian turun sedikit

PUTRAJAYA 31 Jan. – Kes jangkitan harian Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan dengan merekodkan 4,774 kes berbanding 4,915 yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah baharu itu menyumbang kepada jumlah keseluruhan 2,870,758 kes setakat ini di Malaysia.

Ini merupakan hari kedua jumlah kes harian di bawah 5,000 setelah tiga hari sebelum itu mencatatkan lebih 5,000 kes.

Sementara itu, jumlah kematian akibat Covid-19 yang dicatatkan setakat semalam pula adalah lapan kes menjadikan jumlah kumulatif 31,965 kematian.

Dalam perkembangan sama, kes membabitkan Brought in Dead pula adalah satu kes dengan jumlah kesuluruhan kes tersebut adalah 6,442.

Related posts

Leave a Comment