8,008 kes baharu di Thailand

BANGKOK 31 Jan. – Thailand merekodkan 16 kematian dan 8,008 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

Angka itu menunjukkan peningkatan kes kematian dengan 16 kes dilaporkan hari ini berbanding 12 semalam.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, Taweesilp Visanuyothin, berkata, kes kematian melibatkan individu berusia antara 59 dan 99 tahun.

Terdapat 7,828 kes baharu dalam kalangan penduduk awam, 14 melibatkan penghuni penjara dan 166 kes import.

Bangkok masih mendahului dengan 1,298 kes, diikuti Samut Prakan 784, Chon BurĀ 466, Nonthaburi 449, Phuket 393, Pathum Thani 206, Nakhon Ratchasima 203, Si Sa Ket 172, Ubon Ratchathani 169, dan Khon Kaen 167.

Bagi kes import pula, daripada 166 kes, kes termasuk 84 orang dari Rusia, Denmark 10, Kazakhstan 8 dan enam masing-masing dari Qatar, Jerman dan Amerika Syarikat.

Pada Ahad, sebanyak 84,319 telah menerima rawatan di hospital termasuk 528 dalam keadaan kritikal dengan jangkitan paru-paru manakala 102 bergantung kepada ventilator.

Related posts

Leave a Comment