77,493 lagi dapat dos penggalak

PUTRAJAYA 31 Jan. – Sebanyak 77,493 dos penggalak diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 11,889,785 orang atau 36.4 peratus daripada penduduk dewasa telah mendapatkan dos berkenaan setakat ini.

Bagi populasi keseluruhan, sebanyak 78.7 peratus atau 25,712,141 telah melengkapkan dua dos manakala 79.8 peratus atau 26,068,902 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sehingga semalam juga, 97.9 peratus atau 22,924,199 individu daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 99.1 peratus atau 23,201,317 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Di samping itu, 88.6 peratus atau 2,787,942 daripada kumpulan remaja telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 91.1 peratus atau 2,867,585 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Secara keseluruhan, sebanyak 78,731 dos diberikan semalam di mana ia melibatkan 510 dos pertama dan 728 dos kedua selain dos penggalak yang membawa kepada jumlah keseluruhan 63,466,293 penerima.

Related posts

Leave a Comment