Filipina catat 14,546 kes baharu

MANILA 31 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 14,546 kes baharu Covid-19, jumlah yang lebih rendah berbanding 16,953 yang direkodkan semalam.

Menurut DoH, sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 112 lagi individu dilaporkan meninggal dunia.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 3,560,202 manakala jumlah kematian pula 54,003 orang.

DoH juga merekodkan 26,500 kes sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif pesakit pulih meningkat kepada 3,315,381 atau 93.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Sebanyak 5.4 peratus atau 190,818 daripada keseluruhan kes adalah kes aktif.

Related posts

Leave a Comment